Jangan tunggu nanti, bimbang tiada bekalan untuk bertemu Ilahi di kemudian hari. Mari berinfaq !
Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
JOM REBUT PAHALA BERPANJANGAN
Dengan hanya minima RM10 yang anda hulurkan untuk niat Infaq Al-Quran Tagging akan menjadi saksi di akhirat kelak
InshaAllah..Kami Team @ENUURCARE menyediakan satu platform untuk membantu anda sama-sama menjayakan Projek INFAQ ALQURAN TAGGING kepada insan yang memerlukan dan tidak berkemampuan memiliki Al-Quran Tagging
Jom berInfaq bersama @enuurcare
KENALI KAMI
eNuurcare telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan merupakan salah satu Program di bawah Syarikat Sahabat Enuur. Sahabat Enuur merupakan Syarikat Pengeluar dan Pioneer Al Quran Tagging sejak tahun 2017.
Melihat kepada keperluan masyarakat pada hari ini, eNuurcare terpanggil untuk meluaskan lagi medium kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu mereka yang memerlukan dan terpinggir.
Pengasas eNuur sendiri merupakan PENERAJU PERTAMA AL-QURAN TAGGING DI MALAYSIA & Pernah muncul di TV AL HIJRAH bagi membincangkan tajuk AL QURAN TAG sempena NUZUL AL QURAN
Mungkin ramai tertanya-tanya apa beza al quran lain dengan al quran bertagging?
Mari kami kongsikan kelebihan manfaat membaca al quran tagging supaya kita semua sama-sama dapat saham besar dalam dakyah membantu lebih ramai institusi dan insan lebih mendekatkan diri kepada Allah melalui penghayatan bersama al quran tagging
Kelebihan Al Quran Tagging
• Membantu Memahami Kalam Allah Dgn Lebih Mudah
• Kata Kunci Bagi Memudahkan Rujuk Ayat2 Penting Khususnya Doa Yang Ada Di Dalam Al-Quran Secara Pantas
• Lebih Menghayati Maksud Ayat
• Mudah Untuk Mengamalkan Doa-Doa Khusus Dari Al-Quran
• Menaikkan Semangat Dan Minat Untuk Sentiasa Membaca
• Mudah Untuk Taddabur
• Semarakkan rasa semangat untuk khatam alquran dengan khatam tracker
BERINFAQ KEPADA SIAPA?
INFAQ al-Quran tagging ini telah kami mulakan tahun lepas kepada mereka yang amat rapat dan bersahabat dengan Al-Quran, terutama pelajar-pelajar pondok, masjid dan surau.
Malah, pusat kuarantin serta institusi pengajian juga turut mendapat sumbangan al quran tagging
SUMBANGAN YANG TELAH DILAKUKAN SEBELUM INI:
Untuk memudahkan urusan anda, terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk berinfaq:
CARA-CARA UNTUK MENGINFAQKAN AL-QURAN TAGGING
Justeru, tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Itulah tafsiran daripada petikan hadis Nabi Muhammad SAW khusus menyarankan umatnya untuk sentiasa memberi. Keywordnya mudah, “BERKONGSI”.
Lafaz Infaq (untuk diri sendiri):
"Saya menginfakkan al-Quran tagging yang berjumlah RM (10/30/50/100/200) untuk usaha-usaha pemakmuran al-Quran kerana Allah Taala."
Lafaz Infaq (untuk orang lain):
"Saya bagi pihak ...... menginfakkan al-Quran Tagging yang berjumlah RM....... untuk usaha-usaha pemakmuran al-Quran kerana Allah Taala."
Dengan bersedekah antara tanda usaha untuk menawan cinta Allah dengan harapan ia akan menjadi hasil untuk dikutip di akhirat kelak. Moga Allah memberkati segala amalan yang dilakukan buat para penyumbang.